loading...

Monday, 18 July 2022

Putus lagi stok, dua lelaki proses & jual air ketum ditahan polis

Foto Satu Berita


Jumaat lalu, polis berjaya menahan dua lelaki yang didapati memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di sebuah flat di Kelana Jaya. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terdahulu menahan suspek berusia 51 tahun dan menemui satu bekas plastik yang  mengandungi cecair dipercayai air ketum seberat 1,500 miligram bernilai RM20 di flat tersebut pada jam 4.45 pagi. 


Suspek kedua berusia 47 tahun ditahan di sebuah rumah flat sama dan menemui satu bekas plastik dipercayai air ketum dengan berat yang sama. 


Polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah di flat tersebut pada jam 5.45 pagi dan menemui 100 bungkusan plastik yang mengandungi daun ketum dengan setiap satu seberat 1,000 gram, empat bungkusan plastik berisi daun ketum dengan setiap bungkusan 1,000 gram serta dua alat penimbang. 


Turut ditemui empat tong ais mengandungi 380 peket plastik berisi air ketum dengan setiap bungkusan seberat 1,000 mililiter. 


Selain itu, mereka menemui tiga periuk, tiga dapur masak, tiga besen, dua senduk, satu sarung tangan, satu apron, dua bekas air, satu kayu pengacau, dua penapis dan tiga tong gas dan nilai keseluruhan rampas itu dianggarkan sebanyak RM10,140. 


Polis percaya suspek cuba membekalkan bahan terlarangg itu kepada 2,000 pengguna, semenjak aktif empat bulan lalu di mana suspek menjual sebungkus air ketum pada harga RM10. 


Semakan mendapati, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan keputusan ujian saringan air kencing juga adalah negatif dadah. 


Suspek direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/AsuMLD1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/7Tk3ion
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...