loading...

Friday, 15 July 2022

Lelaki tikam jiran sebab tak suka mangsa lalu depan rumahnya



Polis menahan seorang lelaki yang menetak jirannya dengan pisau pemotong sayur hanya kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang lalu di depannya ketika dia duduk di koridor. 


Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang pada 10 pagi kelmarin. 


Mangsa berusia 64  tahun sebelum itu berjalan melalui koridor itu sebelum didatangi suspek berusia 38 tahun yang menyerangnnya dan menetaknya menggunakan pisau. Namun tetakannya itu terkena pada topi keledar mangsa. 


Mangsa ditolak sehingga terjatuh dan di kesempatan itu suspek menikam tangan kiri mangsa. 


"Punca pergaduhan itu disebabkan isu laluan koridor depan rumah. Suspek tidak suka mangsa lalu di depannya, ketika suspek duduk di koridor hadapan rumah jirannya itu," katanya. 


Mangsa yang mengalami kecederaan di lengan kiri dan sakit di seluruh badan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang. Manakala suspek yang bekerja sebagai kontraktor ditahan pada jam 5.45 petang. 


Semakan mendapati, suspek memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. 


Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/Hk7rVjR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FOTDmlM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...