loading...

Sunday, 17 July 2022

Polis sahkan penunggang motosikal keempat meninggal dunia di hospital



Polis mengesahkan, seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi semalam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP). 


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa keempat yang meninggal dunia adalah Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam kemalangan itu adalah empat orang, manakala tiga lagi masih menerima rawatan di HPP. 


Mohd Haziq Harris, 34, masih dirawat di  zon merah akibat kecederaan di kepala, manakala Muhammad Rahimi Shukor, 19, di zon kuning akibat kecederaan di muka dan kepala. Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22, juga dirawat di zon kuning akibat kecederaan di bahagian kaki, tangan dan muka.


Mangsa yang maut pula adalah, Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19 dan Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22. 


Soffian berkata, kemalangan itu berlaku susulan beberapa penunggang motosikal dipercayai menyertai aktiviti perlumbaan haram di mana ada penunggang yang hilang kawalan lalu merempuh antara satu sama lain. 


Dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Waja turut dirempuh dari belakang oleh kumpulan penunggang motosikal terbabit. 


Sebelum kejadian, pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan pasukan trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut sudah membuat rondaan awal bagi mencegah aktiviti lumba haram itu. 


Namun menurut saksi kejadian, kumpulan penunggang motosikal itu datang semula untuk memulakan aktiviti yang telah meragut beberapa nyawa pemuda terbabit. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/lHwN32W
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ugA4xen
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...