Foto Harian Metro |
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah dilaporkan sedang mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, pada awal bulan lalu.
Menurut laporan Harian Metro, bayi itu ditinggalkan oleh ibu kandungnya sebaik saja dilahirkan di dalam tandas pada jam 12.40 tengah hari, 9 Julai lalu sebelum ditemui oleh orang awam.
Ketika ditemui, tiada sebarang dokumen mahupun nota daripada ibunya. Justeru, JKM meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan tampil menghubungi mereka di talian 06-23244797.
Sementara itu, JKM Daerah Alor Gajah turut mengesan waris bayi perempuan pramatang yang juga ditinggalkan oleh ibunya warga Indonesia, selepas dilahirkan di Hospital Melaka pada April lalu.
Maria Victoria Dos S Bello, bertindak melarikan diri dari hospital ketika anaknya sedang mendapatkan rawatan di nuseri hospital itu.
JKM kemudian membawa bayi itu ke Mahkamah Majistret Alor Gajah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara dan kini telah ditempatkan di Rumah Tunas Kasih T un Abdul Aziz, Durian Daun.
JKM Alor Gajah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu tampil menghubungi mereka di talian 06-5561267.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/9Qjenct
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/brT86YU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment