Padah menghina agama dan mencabar kesabaran umat Islam, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telah dibelasah sekumpulan individu yang berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Taman Bukit Kuchai, Batu 8, Puchong.
Menerusi video yang dimuat naik oleh PU Syed di Facebook, lelaki terbabit mengalami pendarahan di bahagian muka dan kedengaran beberapa suara individu memberi amaran agar dia tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.
Mereka juga menasihatkan lelaki itu pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Sekarang kau pergi balai dan cakap dengan polis apa yang kau dah buat. Jangan buat main agama, kau orang apa? Siapa yang ada kat rumah kau?" soal kumpulan berkenaan namun tidak dijawab.
Dalam video penjelasannya selepas kejadian itu, lelaki itu mengakui dia tidak patut berbuat demikian dan berharap pengajaran yang diperolehinya itu sudah menyelesaikan segalanya.
"Salam sejahtera dan apa khabar. Apa-apa yang berlaku saya minta maaf. Tengok, dah teruk saya kena ni. Saya tak salahkan mereka-mereka (yang memukul) itu semua. Saya faham, sebenarnya saya nak tunjuk tak sepatutnya saya buat macam tu. So, korang yang di luar itu janganlah buat macam ini lagi ye. Saya nak gerak dulu. Settle la ye," jelasnya.
Bagaimanapun, netizen masih enggan menerima permohonan maafnya dan mahu pihak berkuasa tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu sebagai pengajaran agar menjadi contoh kepada mana-mana individu lain untuk tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Sumber: Facebook PU Syed
from The Reporter https://ift.tt/MCNfaZU
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/OvmYeLh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment