loading...

Wednesday, 27 July 2022

Lelaki berusia 27 tahun sukar dapatkan pekerjaan disebabkan penampilannya seperti kanak-kanak

Mao Sheng susah cari kerja disebabkan wajahnya seperti kanak-kanak | Foto Oddity Central


Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Dongguan, China, mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan disebabkan penampilannya yang kelihatan seperti kanak-kanak berbanding lelaki dewasa berusia 20-an. 


Walaupun Mao Sheng mengakui dirinya berusia 27 tahun, ramai bersetuju dia tidak kelihatan seperti lelaki dewasa dan menganggap penampilan mudanya itu sebagai rahmat. Tetapi bagi Mao, apa yang berlaku pada dirinya adalah satu sumpahan yang menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan.


Kebanyakan majikan yang ditemuinya tidak percaya bahawa dia berusia 27 tahun. Malah, mereka tidak mahu mengambil risiko untuk menawarkan pekerjaan kepada Mao kerana bimbang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa atas pertuduhan mengambil buruh kanak-kanak.


Kisah Mao kemudian tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadapnya. Dalam satu video viral, Mao memberitahu usianya dan mengadu sukar mendapatkan pekerjaan di mana dia perlu bekerja untuk menyara bapanya yang diserang strok. 


Sudah puas dia cuba memohon pekerjaan di kilang-kilang tempatan bersama rakannya. Di kala rakannya ditawarkan pekerjaan, dia pula menerima nasib sebaliknya. 


Berjuta-juta netizen terkesan dengan kisah Mao dan mendakwa majikan tidak berhati perut kerana tidak memberi peluang kepada Mao. 


Susulan video tular itu, Mao meneirma banyak panggilan dari usahawan yang menawarkan pekerjaan. Mao dikatakan telah menerima salah satu tawaran tersebut. Dia berharap dengan pendapatannya itu kelak, dia dapat membantu bapanya pulih kembali dan seterusnya mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga.



Meskipun kisah Mao disiarkan di beberapa saluran berita tempatan, tiada pihak yang tampil mengulas mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada Mao. 


Ada pihak yang mengesyaki, penampilan muda Mao itu disebabkan kelenjar pituitari yang mengawal pertumbuhan fizikal. Dakwaan itu berdasarkan beberapa kes sebelum ini di mana orang dewasa mendakwa dirinya 'terperangkap' dalam badan kanak-kanak biarpun dia sudah mencapai umur orang dewasa.


Sumber: Oddity Centra



from The Reporter https://ift.tt/TtrfhSM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Hzx72y5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...