loading...

Monday, 11 July 2022

(Video) Tak puas hati kena gesel, wanita cabut & buang no plat Alphard




Tular di media sosial baru-baru ini video seorang wanita menghalang sebuah kenderaan jenis MPV dari meneruskan perjalanannya. 


Wanita terbabit dilihat tetap tidak berganjak dan mengeluarkan telefon bimbit sambil membuat rakaman video, meskipun pemandu MPV meminta dia beredar dari terus menimbulkan masalah. 


Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang kenalan lelakinya yang menunjukkan isyarat jari tengah sebelum wanita terbabit bertindak mencabut nombor pendaftaran kenderaan MPV tersebut dan dibaling mengenai cermin hadapan sebelum meninggalkan lokasi kejadian. 



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi Sabtu lalu berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Komplek Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. 


Siasatan mendapati, mangsa yang menaiki Toyota Alphard menukar laluan ke kanan lalu bergesel dengan kereta KIA yang dinaiki dua suspek terbabit dari arah kanan. 


Suspek kemudian memberhentikan kenderaan dan turun. Suspek lelaki bertindak menjerit dan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, manakala suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa lalu dicampak ke arah cermin hadapan. 


"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura," katanya. 


Mangsa tidak mengalami sebarang kejadian, tetapi terdapat kerosakan pada kenderaannya. Video kejadian dari dashcam kereta mangsa juga tular di media sosial. 


Polis kini sedang mengesan dua suspek terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 


Selepas insiden itu, gambar kereta suspek sekali lagi tular di media sosial yang menunjukkan keretanya telah dilanggar dari belakang sehingga mengakibatkan kerosakan teruk. 




Sumber: Harian Metro

from The Reporter https://ift.tt/GRK8owd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/gDcbPNn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...