Foto belakang sekadar hiasan |
Seorang lelaki berusia 25 tahun di Connecticut didakwa mengacukan pistol pada dua wanita hanya kerana tidak mengucapkan terima kasih selepas dia menahan pintu untuk mereka.
Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan dari pekerja premis Hamden Family Dollar kira-kira jam 3.15 petang memaklumkan suspek sedang mengacu pistol pada dua pelanggan wanita terbabit di luar kedai.
Apabila polis tiba di lokasi, saksi memberitahu suspek dikenali sebagai Johsua Murray, yang sebelum itu telah menahan pintu bagi memudahkan dua wanita yang tidak didedahkan identitinya. Namun, Murray bengang dengan sikap mereka yang langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.
Beberapa jam selepas kejadian, polis berjaya mengesan Murray. Ketika ditahan, Murray cuba melawan untuk melarikan diri tetapi gagal.
Semasa pemeriksaan dilakukan, polis menemui senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut.
Murray didakwa atas pertuduhan membawa senjata api tanpa permit, mengganggu kesejahteraan awam dan menghalang tugas penjawat awam. Dia dijangka akan dihadapkan ke mahkamah pada 2 Ogos depan dan dikenakan bon $25,000 atau RM111,300.
Meskipun tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu, penyalahgunaan senjata api merupakan kesalahan yang paling banyak berlaku di Amerika Syarikat dan kebiasaannya berakhir dengan kematian.
Sumber: Newsweek
from The Reporter https://ift.tt/jux3ThF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/7sacXBf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment