loading...

Sunday, 17 July 2022

Anggota polis alami pendarahan di kepala, pecah tulang tengkorak dilanggar penjenayah



Pendarahan dalam otak dan pecah tulang tengkorak, itulah yang dialami oleh seorang anggota polis (sudah berkahwin dan punyai seorang anak) selepas dilanggar pemandu kereta pacuan empat roda yang enggan memberhentikan kendedraannya ketika cuba ditahan mangsa, semalam. 


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.20 pagi di mana mangsa, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, dari Balai Polis Hi-Tech sebelum itu bersama dengan seorang rakannya dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang mengejar Nissan Frontier yang dipandu suspek. 


Mangsa kini dilaporkan masih belum sedarkan diri dan sedang bertarung nyawa di zon merah Hospital Kulim akibat pendarahan teruk di kepala. 


"Saksi terbabit mendakwa dia ketika itu sedang berhenti keretanya di persimpangan lampu isyarat dan melihat anggota URB mengejar serta meminta suspek memberhentikan kenderaan. Namun suspek secara tiba-tiba melanggar anggota terbabit sehingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal," katanya. 


Saksi bertindak mengejar kenderaan suspek yang melarikan diri menuju ke Pekan Kulim sebelum menghala ke Bukit Mertajam menggunakan laluan Machang Bubok. Ketika melarikan diri, suspek memandu secara berbahaya dan melulu sehingga melanggar beberapa buah kenderaan lain. 


Suspek kemudian masuk ke Lebuhraya Sungai Dua dan membelok ke simpang Bagan Jermal, Seberang Prai sebelum menuju ke jalan mati di sebuah kawasan perumahan.


Suspek kemudian berjaya ditahan sepasukan anggota polis dan pemeriksaan ke atas suspek berusia 45 tahun itu mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah. Keputusan ujian saringan air kencing juga menunjukkan keputusan positif. 




Berdasarkan pemeriksaan pada kenderaan itu, polis percaya suspek terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak ekoran penemuan tangki minyak belakang yang telah diubahsuai. 


Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 42(1) dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah, serta Seksyen 6(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/5DZIWQv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/wfSmWnq
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...