Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mungkin akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekiranya isu kenaikan harga barang masih berterusan.
Beliau berkata, langkah itu akan dibuat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan terutamanya golongan B40 yang pada ketika ini hanya menerima bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.
"Bantuan BKM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600.
"Jadi, kalau kes harga barang naik lagi dan masih tidak selesai, BKM fasa ketiga, fasa keempat, jika ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat," katanya.
22 Jun lalu, Ismail mengumumkan bantuan tunai tambahan untuk penerima BKM sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang semakin meningkat.
Sementara itu di media sosial, netizen yang bukan dari golongan kasta B40 meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang berterusan mengabaikan golongan M40.
"Gula-gulakan rakyat je, bukan semuanya dapat. Kita tak kaya, tapi kita tak layak nak dapat apa bantuan pun. Kalau nak bagi, biar sama rata. Semua memerlukan," kata Ms Ade.
"Tolonglah hentikan BKM. Kami tak nak BKM itu semua, kami nak turun harga barang runcit. Apa benda laa. Lagi-lagi B40, B40, B40. Bantuan Keluarga Malaysia is bullshit!" kata Hidayah2911.
"Berhenti bagi bantuan! Turunkan harga barang basic harian! Bantuan BKM itu bukan semua yang dapat. Yang tak dapat tu pula masih tergolongan dalam golongan yang tidak mampu. Tolonglah cerdik wahai Ismail Sabri," kata Musase Chipss.
Sumber: Astro Awani, Iesya Toh
from The Reporter https://ift.tt/a0u9jgb
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/14zDqgH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment