Seorang wanita di Bolivia ditahan polis kerana menyimbah air panas pada kemaluan suaminya yang sedang tidur, di mana suspek mendakwa mangsa bermimpi wanita lain.
Dalam kejadian yang berlaku di La Paz, suspek mendakwa suaminya berusia 45 tahun sedang tidur dan melafazkan cintanya terhadap wanita lain dalam mimpinya.
Hal itu membuatkan suspek berang terus pergi ke dapur dan mengambil air panas lalu disimbah pada bahagian kemaluan suaminya. Akibat dari perbuatan suspek, mangsa mengalami luka melecur tahap dua di bahagian kemaluan, lengan dan belakang badan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tidak diketahui sama ada mangsa membuat laporan polis atau jeritannya mengejutkan jiran sekeliling, tetapi menurut laporan TN International, pihak berkuasa tempatan sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.
Timbalan Pengarah Pasukan Khas Anti Jenayah La Paz, Juan Jose Donaire berkata, ini bukan kali pertama mangsa mengalami kecederaan akibat didera oleh isterinya.
Dalam kejadian sebelum ini, suspek menyiram mangsa dengan alkohol sebelum cuba membakarnya. Tidak dijelaskan apa yang dilakukan oleh mangsa sehingga menyebabkan suspek bertindak di luar kawalan.
Sumber: Oddity Central
from The Reporter https://ift.tt/oip7qx8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/OMsT5lP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment