loading...

Saturday, 2 July 2022

(Video) Anak tercampak keluar dari Myvi, nyaris dilanggar kereta



Tular di media sosial semalam menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya semasa membuat pusingan U dalam kejadian di Jalan Tasek Puteri, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan video tersebut yang membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi.


"Dalam kejadian itu, kereta dinaiki mangsa membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan. 


"Seorang lelaki kemudian membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada seorang wanita tempata yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit," katanya. 


Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang bertanggungjawab ke atas seseorang kanak-kanak didapati menganiaya, mengabaikan, membuat atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi. 



Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau 03-61262222. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/BGOtD4m
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/EVip2cM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...