Seorang remaja lelaki yang menghina bos kartel dadah Mexico yang paling dikehendaki melalui TikTok, terpaksa membuat permohonan maaf kerana bimbang nyawanya akan melayang akibat perbuatannya sebelum ini.
Remaja itu dikatakan telah melemparkan beberapa kenyataan yang menyinggung perasaan Nemesio 'El Mencho' Cervantes, Ketua kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG).
Walaupun CJNG dikatakan sebagai kartel kedua yang paling berkuasa di Mexico (yang pertama adalah Kartel Sinaloa), namun CJNG dianggap kartel yang paling berbahaya.
Kecenderungan mereka melakukan keganasan melampau membuatkan mereka sangat dikehendaki oleh pihak berkuasa. Kartel itu juga dipercayai sedang memburu remaja yang menghina ketua mereka di TikTok.
Dalam video pertama, remaja terbabit dilihat sedang berehat di sebatang tiang lampu sambil menghina El Mencho dalam bahasa Sepanyol.
"Dengar baik-baik kamu anak tak guna, El Mencho boleh hisap zakar saya. Saya tak tidur seperti El Pirata atau El Chanito de Culiacan (merujuk kepada personaliti online Juan Luis Lagunas Rosales, YouTuber Mexico berusia 17 tahun mati ditembak pada 2017 selepas menghina El Mencho dalam klip video serupa).
"Saya kebal, tak boleh disentuh. Saya ada membuat perjanjian dengan syaitan. Saya datang untuk memberi awak api, Mencho. Saya tak takut untuk mengatakan yang Mencho boleh hisap zakar saya," katanya.
Bagaimanapun dalam video kedua dia berkata, "Saya minta maaf atas apa yang saya katakan. Saya tidak sihat dan tidak sedar dengan apa yang telah saya katakan.
"Apa yang berlaku adalah salah dan bodoh. Saya tak fikir akan kesan dan akibatnya. Saya buat begitu untuk menghiburkan followers TikTok. Saya mohon keampunan.
"Awak dan keluarga awak sangat disenangi. Mencho, tolong jangan bunuh saya, saya ada keluarga seperti awak. Saya minta maaf, kita semua buat salah.
"Saya ada masalah psikologi tuan, percayalah kami suka awak," katanya.
Walaupun akaun TikTok remaja itu telah ditutup, terdapat beberapa video miliknya dimuat naik pada akaun lain dan tidak diketahui sama ada video tersebut dimuat naik sebelum atau selepas video menghina El Mencho.
YouTuber Lagunas mempunyai kira-kira 300,000 pengikut di Instagram apabila dia membuat video menghina El Mencho pada 2017. Dia ditembak sebanyak 15 hingga 18 kali sejurus selepas video tersebut disiarkan ketika dia keluar berpesta dengan beberapa rakannya di Jalisco.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/1Ttn6Qo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/jsPrenM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment