loading...

Tuesday, 19 July 2022

(Video) Budak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 35 ketika ibunya pergi mendobi



Seorang kanak-kanak lelaki warga asing dilaporkan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 35 kondominium di Pandan Perdana, semalam. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.20 petang dari pengawal keselamatan kondominium berkenaan yang memaklumkan penemuan mayat mangsa. 


"Mangsa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat 35 bangunan terbabit. 


"Siasatan mendapati ibu mangsa, warga asing berusia 36 tahun bekerja sebagai pembantu rumah sambilan telah membawa mangsa ke tempat kejadian untuk bekerja membasuh dan melipat kain. 


"Sebelum kejadian, ibu mangsa meninggalkan anaknya itu tidur bersendirian di ruang tamu sebelum turun ke tingkat bawah untuk membasuh pakaian di dobi. 


"Semasa berada di tingkat bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di kawasan aras bawah sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbabit adalah anaknya. 


"Mangsa dipercayai bangun dari tidur dan membuka pintu gelangsar kemudian memanjat kerusi yang berada di balkoni," katanya. 


@fiezahothman0

Alfatihah untuk anak ini yg berumur 4 th ++.

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu - Uji Rashid


Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang bekerja di Petaling Jaya. Pasangan suami isteri berkenaan sudah menetap di Malaysia sejak lima tahun lalu. Mangsa merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Adik beradiknya ditinggalkan bersama nenek mereka di negara asal. 


Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/4DKd529
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/F0xpG1C
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...