Wanita yang disyaki membunuh rakan baiknya sendiri sehingga putus pergelangan tangan dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu kelmarin direman selama tujuh hari.
Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, membenarkan suspek berusia 19 tahun direman bermula hari ini sehingga 9 November 2020.
Terdahulu, suspek yang didakwa membunuh rakannya, Siti Nur Surya Ismail, 19, kelihatan menggigil ketika dibawa keluar dari kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke mahkamah.
Suspek ditahan semalam selepas diserahkan oleh ibunya kepada pihak berkuasa di Balai Polis Telemong, jam 8.15 pagi Isnin, 2 November 2020.
Siasatan awal polis mendapati, suspek mengaku membunuh kawannya hanya berpunca dari kata mengata sehingga berlaku salah faham yang membawa kepada pergaduhan dan pergelutan.
Mangsa dibunuh dengan kejam dengan kesan kelar dan pergelangan tangan kirinya dikelar berkali-kali sehingga putus.
Pelajar tingkatan enam itu juga melarikan sejumlah wang milik mangsa, barang kosmetik, dua buah telefon bimbit dan dua buah beg milik mangsa.
Sumber: Buletin TV3
from The Reporter https://ift.tt/2HZYTAj
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mJyPs0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment