Viral video seekor singa mati terbaring di dalam kolam kotor di sebuah zoo di China, membuatkan pengunjung terkejut melihat keadaan raja rimba itu, lapor Daily Mail.
Kejadian itu terbongkar selepas seorang pelancong merakam video pemandangan yang memilukan itu pada Khamis lalu di Zoo Hidupan Liar Handan Foshan di Hebei, utara China.
Pihak zoo pada awalnya menafikan haiwan itu telah mati dan mendakwa singa itu sedang berehat di dalam air.
"Tak ada insiden sedemikian berlaku di sini. Singa itu cuma baring dalam kolam dan berehat. Dia takkan mati," kata kakitangan zoo berkenaan.
Berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus dan Timbalan Presiden zoo berkenaan berhubung kejadian itu.
"Singa itu sudah lama sakit. Kami lepaskan dia keluar untuk menikmati cahaya matahari. Tetapi singa itu masuk dalam kolam dan lemas disebabkan kekurangan tenaga," kata Yang, salah seorang pengurus zoo berkenaan.
Timbalan Presiden zoo, Wu Guangshu pula berkata, singa Afrika itu meninggal dunia kerana sakit tua.
"Selepas pasukan forensik kami melakukan siasatan, keputusan menunjukkan singa itu mati secara semulajadi kerana sakit tua. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan " katanya.
Netizen di media sosial meluahkan rasa menyampah dan marah terhadap pihak zoo yang mengeluarkan kenyataan berbeza-beza lalu mengecam dan melancarkan boikot terhadap zoo berkenaan.
"Zoo tak guna. Mula-mula kata takde insiden sedemikian berlaku di zoo itu, esok kata singa tu berehat dan hari ketiga kata singa itu mati sakit tua. Apa benda alasan yang diorang bagi ni??" kata netizen.
"Ini sangat kejam dan menyedihkan. Zoo ni perlu ditutup!" tambah netizen lain.
from The Reporter https://ift.tt/32JIZ4b
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38POyC7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment