loading...

Wednesday, 4 November 2020

'Saya belajar dari sinetron' - Isteri kantoikan suami curang dengan sepupunya guna apps online


Malang nasib seorang isteri muda apabila suaminya yang juga ketua kampung didapati menjalinkan hubungan dengan seorang bidan yang juga merupakan sepupu kepada si isteri. 


Pasangan curang itu diserbu ketika berdua-duaan dan sedang makan di dalam bilik di sebuah hotel pada Rabu, 28 Oktober 2020 oleh isteri dan keluarga serta beberapa anggota polis di Bengkulu, Indonesia. Ketika itu, si bidan yang dikenali sebagai Zu, hanya memakai pakaian singkat, tanktop dan kedua-dua mereka dibawa ke balai polis. 


Si isteri sudah lama menghidu perbuatan suaminya, Leki Ilianto, 31, yang mula berubah perangai selepas dilantik sebagai ketua kampung baru-baru ini. Leki tergamak menjalinkan hubungan dengan sepupu isterinya yang cantik menawan itu.


Sebelum serbuan itu dilakukan, si isteri terdahulu memuat naik salah satu aplikasi teksi (e-hailing) yang mengesan keberadaan suaminya. Hasil dari penggunaan aplikasi itu, dia mendapat tahu suaminya sedang berada di sebuah hotel. Lalu dia mengajak keluarga dan beberapa anggota polis untuk menyerbu hotel tersebut. 


"Saya pakai aplikasi teksi online. Saya daftarkan nombor kenderaan suami. Saya tahu cara itu melalui drama televiysen (sinetron). Saya tahu suami berlaku curang sejak beberapa bulan lalu dan tidak menyangka suami menjalinkan hubungan dengan sepupu saya yang bekerja sebagai bidan.


Sikap suami mula berubah semenjak dilantik menjadi ketua kampung. Sekarang saya nak minta cerai dan saya tidak akan berganjak dari keputusan ini kerana sudah nekad," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Air Besi, Aljum Fitri mengesahkan penangkapan pasangan curang itu dan Leki diakan dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan perzinaan dan dihukum penjara sembilan bulan jika disabit kesalahan. Namun, pasangan curangnya tidak ditahan.. 


Aljum berkata, ketika serbuan dilakukan, Leki sedang meratah ayam dan Zu pula berada di dalam bilik mandi tanpa memakai pakaian. 


"Leki membuka pintu dalam keadaan sedang memakan paha ayam. Sementara Zu berada di dalam bilik mandi tanpa memakai pakaian dalam, hanya memakai tanktop," katanya. 


Susulan dari kejadian itu, jawatan kuasa kampung telah mengadakan mesyuarat tergempar dan keputusan sebulat suara mengusul Leki dipecat dari jawatannya. Hasil mesyuarat itu akan dihantar ke pihak atasan yang akan mengeluarkan surat pemecatan itu kelak setelah polis selesai menjalankan siasatan. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/38bpaXk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38mO4U3
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...