12 November lalu, berlaku kemalangan di Kilometer (KM) 189.7 Lebuhraya PLUS dari Bukit Merah menghala ke Alor Pongsu yang membabitkan tiga buah kenderaan.
Berdasarkan gambar yang viral di media sosial, kereta Proton Persona didapati hancur di bahagian depan dan belakang, bagaimanapun pemandunya selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Namun dipercayai kereta Persona merempuh bahagian belakang lori yang sedang membuat kerja-kerja pembaikan jalan raya. Keadaan bertambah teruk apabila lori yang berada di belakang Persona tidak sempat membrek lalu menghentam kereta sedan itu sehingga terperosok di bawah lori.
Bahagian depan dan belakang kereta Persona remuk teruk (total lost). Tetapi di media sosial, netizen memuji keupayaan Persona menahan impak pelanggaran itu berbanding kereta jenama lain yang pastinya sudah menjadi 'tin sardin' jika terbabit dalam kemalangan seumpama itu.
Difahamkan, kebanyakan kereta keluaran Proton pada masa ini telah dipertingkatkan aspek keselamatannya dengan menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF).
Teknologi yang berasal dari Jerman itu mula digunakan pada kereta Proton di mana kerangka HPF membolehkan kenderaan menjadi lebih kukuh dan ringan. Besi karbon yang mempunyai kekuatan tinggi itu dipanaskan sehingga 900 darjah selsius, sebelum diacu pada suhu sejuk 4 darjah selsius.
Ini bagi membuatkan kerangka kenderaan menjadi lima kali ganda lebih kuat seperti yang ditunjukkan dalam video demonstrasi di mana beberapa bahagian kerangka HPF diuji dengan tukul besi, mesin grinder dan jaw of life.
REAKSI NETIZEN
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/32IvVfr
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lJ1sFT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment