loading...

Friday 13 November 2020

Mekanik serah diri selepas tikam leher & perut mangsa yang datang tuntut hutang


Seorang lelaki tampil menyerah diri kepada polis dalam keadaan berlumuran darah selepas menikam rakannya sehingga maut. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 tengah hari Jumaat, 13 November 2020 di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Raja Omar, Kampung Selamat, mangsa lelaki berusia 42 tahun maut akibat ditikam dengan pisau di bahagian leher dan perut. 


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek datang ke balai bersama adiknya memaklumkan kejadian itu pada jam 1.20 tengah hari. 


Difahamkan, mangsa yang juga peniaga buah sebelum itu datang ke bengkel suspek berusia 51 tahun itu untuk menuntut hutangnya dibayar. Malangnya, berlaku pergaduhan di antara mereka. 


Mangsa dikatakan bertindak memukul suspek terlebih dahulu dan mencari pisau di bengkel itu sebelum berlaku pergelutan. Suspek mendakwa dia kemudian merampas senjata tajam itu daripada mangsa dan menikam leher dan perut mangsa.


Lokasi kejadian bersebelahan dengan rumah keluarga suspek. Ketika kejadian itu berlaku, adik lelaki suspek berusia 40-an turut bekerja di bengkel itu dan anak lelaki mangsa berusia 15 tahun juga berada di lokasi. 


Tiga saksi termasuk suspek dan adik lelakinya ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3lwGZUn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32GAdUA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...