Suspek yang dikenali sebagai Ren dilaporkan bengang pada bayi perempuan berusia 11 bulan yang mengetuk meja dengan sudu di sebuah restoran di Xiangchen, Henan.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka melecur di bahagian belakang badan dan punggung.
Difahamkan, Ren terdahulu menegur ibu bayi terbabit, Yang, mengenai tingkah laku bayinya itu. Namun, suami kepada Ren, memujuk isterinya untuk keluar dari restoran tersebut.
10 minit kemudian, Ren kembali semula ke restoran untuk mengajar bayi terbabit dengan mengambil semangkuk sup panas lalu disimbah pada mangsa.
Menurut pekerja restoran, suspek sebelum itu dilihat tiada 'mood' kerana bertengkar dengan suaminya.
Bagi kesalahan itu, Ren boleh ditahan selama 15 hari dan denda 500 yuan (RM300), malangnya tindakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang di China menetapkan wanita hamil tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Meskipun begitu, Ren membayar kos perubatan mangsa.
Polis memandang serius kecederaan yang dialami oleh magnsa dan ibunya, kes masih dalam siasatan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2RohV3X
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IKAo6R
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment