Dalam kejadian yang berlaku pada 5.52 petang Isnin di Jalan Frima dari arah Perling menghala susur masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang, suspek yang memandu kereta Honda Civic nombor pendaftaran CCB 316, cuba memasuki lorong mangsa tanpa memberikan 'signal'.
Bengang tidak diberikan ruang, suspek kemudian memberhentikan kereta dan keluar menuju ke arah mangsa. Mangsa dipercayai memaklumkan kepada suspek agar tidak bertindak melulu kerana segalanya dirakam oleh dashcam.
Suspek bagaimanapun tidak peduli dan menunjukkan isyarat lucah pada dashcam dan begitu juga dengan rakannya yang turut keluar menunjukkan isyarat jari tengah.
Suspek masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya tetapi sekali lagi berhenti dan keluar dari kereta dengan membawa senjata tajam yang dipercayai samurai.
Suspek terus melibas senjata itu pada kereta mangsa sebelum kembali semula ke dalam keretanya.
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan samseng pemandu kereta terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek yang jelas sekali menggunakan senjata tajam untuk mengancam keselamatan mangsa.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter http://bit.ly/2IaQFRW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/316zlGv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment