Padah menjerut dan mengantung seekor kucing jantan sehingga mati, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mejatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, Al Azri didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing jantan bernama Jebon, di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Al Azri bagaimanapun merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan kucing itu menyerangnya sehingga cedera dan tambahan dia merupakan anak yatim.
"Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan, lagi pun saya anak yatim piatu," katanya.
Bagaimanapun Siti Hajar memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatannya itu melampaui batas.
"Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
"Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian," katanya.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter http://bit.ly/2F6IvJK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/31uGP6B
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment