Seekor kucing mati akibat dianiaya oleh anak-anak tetamu yang datang beraya di rumah pemiliknya akibat hentakan kuat di bahagian kepala.
Nurush Shahindah yang memuat naik mengenai kejadian itu di akaun media sosialnya berkata, kucing tersebut sebelum itu berada di bawah pemantauan pihak veterinar selama dua hari kerana mengalami trauma akibat hentakan kuat di kepala.
Nurush mengesyaki kucingnya itu dianiaya oleh anak-anak tetamu yang datang beraya ke rumah.
"Kucing aku baru kena warded dua hari sebab doktor kata dia trauma kena hentakan kuat di kepala.
"Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jagalah anak itu dari buat onar.
"Doktor kata, kalau tak ada apa-apa perkembangan positif, peratusan untuk lumpuh adalah tinggi," katanya pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, sehari selepas itu, kucing yang diberi nama King itu telah menghembuskan nafas terakhir.
"King dah takde..." katanya.
Dalam pada itu, Nurush juga menafikan dakwaan kononnya dia memuat naik mengenai kejadian itu untuk mendapatkan publisiti.
"Ada yang kata saya curi content sebab nak famous. Duh! Itu memang kucing saya. Saya bagi uncle saya bela. Kalau tak sure, boleh tanya. Jangan jadi bangang buat adaian. Saya dahlah tak ada mood ni," katanya.
Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Nurush dan menasihatkan kepada pemilik kucing yang lain agar berhati-hati apabila menerima tetamu yang mempunyai anak-anak kecil.
This is why I am selective of who could come to my house. & I am not afraid to call out children in front of their parents. If you cannot teach your children respect I will turn into a tiger aunty & put the child in its place 😡— Cerdo 🐷 the Captain Medicine (@shawnsharif) June 6, 2019
As tuan rumah pun kena main peranan. kalau boleh time ada guest, kucing tu letak dlm sangkar or whatever else. Bukan apa, sakit mata sakit hati semua sakit bila tengok kucing sendiri kena tarik, kena picit dgn budak budak— zila (@stnorhazila) June 7, 2019
Letak dalam sangkar dah..tapi tulah,ada tangan bukak sangkar tu..tarik kucing dalam sangkar..itu yang berlaku dgn kucing saya..Al-fatihah to my cat who been killed by a child that drown her in a bucket full of water..— Duke of TRX (@xMuaZx) June 7, 2019
Semalam kucing aku ditunggang bagaikan kuda. Tf apa function mak ayah dia sia. Dah la hampir pecahkan pasu hiasa mak aku. Stresss betul budak yg begi impak maxsima aktifnyw.— Hafiz Jusoh Jr (@hafizjvsoh) June 6, 2019
Sumber: Nurush Shahindah
from The Reporter http://bit.ly/31xTiX8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IyuJAu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment