David, 6, dan, Nikita, 4, terdahulu bermain sorok-sorok di perkampungan mereka di Mikhaylovka.
Difahamkan, David menyorok dalam peti sejuk lama yang rosak, yang ditinggalkan di halaman berhampiran ruamh mereka.
Polis percaya, Nikita berjaya menemui abangnya ketika itu dan turut masuk ke dalam peti sejuk itu.
Malangnya, kedua-duanya terperangkap di dalam peti sejuk itu selepas pintunya terkunci secara automatik.
Mangsa tidak dapat keluar dari peti sejuk itu kerana peralatan elektrik yang direka pada era Soviet tersebut dibuat khas di mana pintunya tidak dapat dibuka dari bahagian dalam.
Tidak beberapa lama selepas kehilangan dua beradik itu, ibu bapa mereka mula melakukan pencarian.
ROman, 28, dan isterinya, Yulia, 28, bersama dengan penduduk kampung cuba mencari dua beradik itu dan selepas beberapa jam kemudian, usaha mereka menemui kegagalan lalu ibu bapanya membuat laporan polis.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, rumah pasangan itu diperiksa dan kemudian di bahagian halaman rumah, mereka menemui dua beradik itu di dalam peti sejuk tersebut.
Pasangan itu cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa namun sudah terlambat.
Jurucakap polis berkata, mangsa meninggal dunia kerana kerana lemas selepas terperangkap dalam peti sejuk itu selama lima jam.
Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai satu kemalangan yang tidak disengajakan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2RjbfUE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Wz0kHf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment