Mansgsa berusia 64 tahun yang hanya berkain batik itu ditemui penduduk yang terdengar rintihannya di sebalik pintu jeriji besi rumah yang dikunci.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk mendapatkan rawatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka di bahagian kepala, luka dan lebam di seluruh badan selain terdapat kesan kecederaan lama. Doktor mengesyaki mangsa telah didera untuk tempoh masa yang lama.
Mangsa kini dilaporkan stabil dan susulan kejadian itu dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun serta menantu perempuan berusia 28 tahun ditahan.
Siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.
Mereka juga jarang makan dan keadaan keluraga itu juga sangat daif dari segala segi.
Ketika diambil keterangan, mangsa mendakwa dia terjatuh, bukan dipukul oleh anaknya. Siasatan juga endapati suspek yang juga anak mangsa kurang siuman.
"Kedua-dua anak mangsa yang tinggal bersama menantu yang juga orang kekurangan upaya (OKU) berkenaan mendapat bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ketiga-tiga mereka tidak bekerja dan jika kehabisan wang, mereka akan mengemis. Mangsa akan dikurung dan dikunci di rumah ketika anak dan menantunya keluar mengemis di kawasan berdekatan," katanya.
Pihak JKM telah dimaklumkan mengenai kes tersebut dan meminta pihak HBM membuat rawatan psikiatrik ke atas mereka sekeluarga.
Mangsa yang kini dirawat di HBM juga mempunyai sejarah penyakit mental atau kemurungan dan dipercayai didera anaknya dengan dipukul menggunakan kayu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
from The Reporter https://ift.tt/2F3Ys2J
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HjbvAG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment