loading...

Monday 18 March 2019

4 kawasan di Melaka dan Pahang catat bacaan IPU kurang sihat


Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan kurang sihat terutamanya dua kawasan di Melaka. 

Keadaan itu berlaku dipercayai berpunca dari beberapa kawasan hutan yang terbakar akibat cuaca panas berterusan sehinga menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU.

Stesen di Bukit Rambai, Melaka, menunjukkan bacaan pada paras 113 dan Alor Gajah, 107. Sementara itu, stesen di Rompin, Pahang pula menunjukkan bacaan pada paras 164 dan Balok Baru, Kuantan, 152. 

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada peningkatan IPU, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutamanya golongan warga emas dan kanak-kanak. 

Sumber: APIMS


from The Reporter https://ift.tt/2ObKP5y
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2W63u5u
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...