Seorang bayi perempuan berusia satu tahun meninggal dunia selepas didera oleh ibu dan tiga lagi lelaki lain, lapor Taiwan News.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 15 Januari lalu di rumahnya di Bandar Tainan, Taiwan.
Ibu mangsa, Hsueh, mengakui selalu memukul anaknya bersama dengan teman lelaki serta dua lagi sepupunya.
Keempat-empat suspek yang tinggal bersama berkata, mereka berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan mangsa.
Menurut pendakwaraya Tainan, Yeh Ching-Tsai berkata, keempat-empat terganggu dengan suara tangisan mangsa dan mendera mangsa dengan tangan atau beberapa objek tumpul lain.
Mangsa yang berusia satu tahun enam bulan itu belum mahir bercakap dan dipercayai didera sejak dia berusia tiga bulan.
Yeh juga mendedahkan mangsa jarang diberi akan dan tidak mendapat tidur yang secukupnya ekoran kerap dipukul. Selain itu, mangsa tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas didera.
Pada 15 Januari, suspek masih mendera mangsa walaupun badan bayi itu sudah penuh dengan kesan lebam.
Selepas beberapa jam kemudian, keempat-empat tertuduh mendapati suhu badan mangsa menurun dan matanya ke atas. Tetapi tidak bertindak segera menghantar mangsa ke hospital sebelum meninggal dunia pada waktu tengah hari.
Tiga lelaki terbabit dituduh atas dakwaan sengaja mencederakan, mendera dan membunuh mangsa serta meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka bertiga.
Sementara itu, ibunya yang berusia 17 tahun ditahan reman dan hukumannya akan ditetapkan oleh Mahkamah Juvenil.
Sumber: Taiwan News, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2UDKqep
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TdQVTR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment