loading...

Friday, 29 March 2019

Statut Rome: Ini fakta yang anda perlu tahu


(Baca sampai habis dan fahamkan maklumat-maklumat ini sebelum buat keputusan nak setuju atau bantah keputusan kerajaan meratifikasi Statut Rome)

1. STATUT ROME PERJANJIAN ANTARABANGSA

Statut Rome adalah perjanjian antarabangsa yang mewujudkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court - ICC) bagi membicarakan empat jenis jenayah terkutuk di dunia.

(I) Pembunuhan etnik
  • Seperti yang dibuat terhadap Muslim Rohingya di Myanmar & Muslim Uighur di China.

(II) Jenayah kemanusiaan
  • Seperti perhambaan yang berlaku di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, apertheid yang berlaku di Afrika Selatan suatu ketika dahulu, merogol kaum wanita secara bersistematik seperti yang berlaku di Sudan.

(III) Jenayah perang
  • Seperti membunuh tawanan tidak bersenjata yang berlaku di era penjajahan Jepun, menyerang perkampungan orang awam yang dibuat oleh tentera Zionis Israel di Gaza Palestin, penggunaan senjata kimia yang berlaku di Syria.

(IV) Jenayah pencerobohan ke atas negara berdaulat lain.

2. KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU TERANCAM?

Kedaulatan Raja-raja Melayu tiada kena mengena dengan Statut Rome sebab kuasa yang menentukan polisi antarabangsa kerajaan Malaysia terletak dalam tangan anggota Kabinet. Sejak bila Sultan atau YdPA diberi kuasa menentukan polisi antarabangsa Malaysia? Itu kerja kerajaan.

Maksudnya walaupun empat jenayah di atas dibuat oleh Malaysia terhadap mangsa-mangsa lain, yang perlu bertanggungjawab bukan Raja-raja Melayu ataupun YdPA. Yang kena bertanggungjawab adalah orang-orang yang duduk dalam kerajaan seperti PM, Menteri dan anggota-anggota Kabinet.

3. RAJA-RAJA MELAYU & YdPA TERDEDAH KEPADA KEPUTUSAN KERAJAAN?

Tidak. Jauh beza kuasa antara Raja Berkuasa Mutlak (RBM) dengan Raja Berpelembagaan (RB).

Sekiranya sistem negara tersebut adalah sistem RBM seperti Brunei, maka tentulah monarki tersebut akan dipertanggungjawabkan atas jenayah perang atau kemanusiaan. Sebab dialah sosok tubuh yang mengarah kelakuan jenayah perang dan sebagainya.

Namun, sekiranya sistem negara tersebut adalah sistem RB seperti Malaysia, yang akan dipertanggungjawabkan adalah anggota kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Ahli-ahli Kabinet. Sebab kabinetlah yang mengarah kelakuan jenayah perang dan sebagainya.

4. LIHAT CONTOH-CONTOH INI:

Pembunuhan beramai-ramai di Kemboja:
  • Yang dihukum adalah pemimpin-pemimpin kerajaan seperti Khieu Samphan dan Nuon Chea, bukan Putera Norodom Sihanouk (monarki) sebab monarki mereka tidak berkuasa mutlak.

Perang Dunia ke-2:
  • Perbicaraan Tokyo menghukum 28 pemimpin-pemimpin tentera dan kerajaan Jepun, bukan Maharaja Hirohito (monarki) sebab monarki mereka tidak berkuasa mutlak.

5. MELAYU/ISLAM TERANCAM?

Apa kaitan bangsa 'Melayu' ataupun agama 'Islam' dengan pembunuhan etnik ataupun jenayah perang?

Orang yang war-warkan Melayu/Islam tergugat sebenarnya sedang menghina orang Melayu dan Islam. Sebab dibuat kecoh seolah-olah mengatakan 'Melayu' dan 'Islam' nak kebal daripada dihukum atas kelakuan jenayah perang dan sebagainya.

Sebenarnya pembangkang yang tolak Statut Rome pun tahu fakta-fakta ini. Cuma, mereka spin fakta-fakta Statut Rome untuk tujuan politik. Kononnya menggugat Melayu/Islam, kononnya menggugat kedaulatan monarki.

Dengan menolak Statut Rome yang berupaya membawa penjenayah perang dan sebagainya ke muka pengadilan, adakah pembangkang sedang memberi isyarat bahawa orang Melayu/Islam dan Raja-Raja Melayu ingin melakukan jenayah perang tanpa perlu bertanggungjawab?

Tepuk dada tanya selera.



from The Reporter https://ift.tt/2OAcc9s
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WziF7I
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...