loading...

Wednesday, 27 March 2019

'Tak perlu khuatir jika terminum air bercampur dengan mayat, hukumnya adalah harus' - Mufti N9


Susulan penemuan mayat dalam tangki air di FELDA Palong 12, penduduk di sekitar mula bimbang dengan kesucian air di kawasan itu dan mula membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak. 

Keadaan itu juga turut menjejaskan perniagaan kedai makan di sekitar di mana ramai pelanggan enggan memesan air bancuh, sebaliknya memesan air mineral atau air dalam tin sahaja. 

Terdahulu, pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menemui mayat lelaki yang sudah hancur di dalam tangki air tersebut. 

Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak lapan bulan lalu. 

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, penduduk di kawasan itu tidak perlu khuatir jika terminum air bercampur dengan mayat dan hukum meminumnya selama mana tidak diketahui adalah harus. 

"Dalam masalah seperti ini, penduduk yang terminum air bercampur dengan mayat diharuskan. Jika mereka tahu lebih awal, mereka tentu tidak meminumnya.

"Mayat manusia asalnya suci selagi mana ia belum hancur atau pecah. Jika sudah hancur, cebisan daging mayat yang bercampur sedikit air akan menjadi najis. Bagi air yang banyak, ia juga menjadi najis apabila berubah warna, bau dan rasa.

"Pihak berkuasa perlu mengosongkan keseluruhan air sebelum membasuh tangki menggunakan air biasa. Ketika pembersihan dilakukan, ia perlu dipastikan tiada lagi perubahan warna, bau dan rasa," katanya. 


BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2HVEnhT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FIr2bv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...