loading...

Wednesday, 27 March 2019

'Ibu, dah 3 tahun... Saya penat, saya nak mati' - Pelajar bunuh diri selepas dibuli 2 gurunya


Seorang pelajar berusia 14 tahun bertindak membunuh diri selepas dibuli oleh dua guru sekolahnya, lapor Daily Mail

Mangsa, Zhanibek Zhuzdai mendakwa dua guru terbabit yang bernama Aisulu dan Zhanar (yang merupakan adik beradik) telah membulinya sejak tahun lalu dengan memberi pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya, semenjak bapanya meninggal dunia. Malah dua beradik itu dengan biadab mengelar Zhanibek sebagai anak separuh yatim selain diejek setiap hari kerana beranggapan tiada sesiapa lagi yang akan melindungi Zhanibek.

Perbuatan dua beradik itu menjadi semakin teruk selepas adik mangsa berusia lapan tuhan meninggal dunia akibat penyakit.

Zhanibek bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kerana dia enggan ibunya berasa bimbang.

Zhanibek sempat meluahkan segala rasa yang terpendam di hatinya pada sekeping nota bunuh diri sebelum dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh ibunya, Kalamkas Zhuzdai, dalam keadaan tergantung dan tidak bernyawa. Terkejut melihat keadaan itu, ibunya menangis dan hampir pengsan kerana tidak menyangka anaknya sanggup berbuat demikian.


"Aisulu dan Zhaner selalu memalukan saya. Mereka gelar saya macam-macam, malah mereka menghina ibu saya. Ibu, dah tiga tahun begini. Saya penat, saya nak mati," tulis mangsa dalam nota tersebut. 

Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua suspek atas dakwaan mendorong mangsa untuk membunuh diri. 


from The Reporter https://ift.tt/2Ug14UA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FxVYcX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...