Seorang lelaki tidak berpuas hati selepas mendapat notis saman dari pihak berkuasa.
Dalam insiden yang berlaku di Singapura pada 12 Mac lalu, kereta terbabit disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas.
Untuk kesalahan itu, dia dikehendaki membayar saman sebanyak SD$50 (RM150) dan perlu dibayar segera atau berdepan dengan denda penalti yang lebih tinggi.
Tidak berpuas hati dengan notis saman itu, Elton Seah mengambil keputusan untuk viralkan perkara itu di Facebooknya kerana dia yakin dia tidak bersalah dan adalah tidak masuk akal keretanya disaman sedangkan keretanya diparkirkan di petak parking normal, bukannya parallel parking.
"Apparently, head in is against traffic. Seriously! @ Holy Crab," tulisnya pada kapsyen gambar.
Netizen bagaimanapun menjelaskan bahawa, Elton sebenarnya disaman kerana tidak meletakkan kereta dengan betul di mana bahagian belakang kenderaannya terkeluar dari garisan petak parkir yang dianggap mengganggu kenderaan lain yang memandu di laluan itu.
Akibatnya, netizen menyarankan Elton kembali semula ke akademi memandu kerana dia tidak mahir meletakkan kenderaannya dengan betul sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
"Kereta kecik, tapi parking macam hanat. Pergi balik ke sekolah memandu la! Parking pun failed!" kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2Fa5in2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FdEJ0q
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment