Bagi yang pernah melalui kehidupan di universiti, tidak menafikan perkara ini berlaku dan adakalanya siswa siswi yang tidak berkemampuan ini turut dibantu oleh rakan, pensyarah, selain persatuan pelajar.
Berita itu juga mendapat perhatian dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kemudian meluahkan rasa sedihnya di Facebook.
"Mengalir air mata membaca berita ini. Hanya makan sekali sehari. Terpaksa tahan lapar sebab duit tak cukup dan harga barang mahal. Itulah nasib siswa-siswi kita hari ini.
"Saya masih ingat lagi masa pembentangan Bajet 2019, mereka (Pakatan Harapan - PH) kata apa? Bajet paling besar dalam sejarah! Pendidikan terima peruntukan terbesar! Malaysia wibawa, ekonomi dinamik dan rakyat sejahtera!
"Ya, Bajet 2019 RM314.5 bilion. Tapi ke mana?
"Ya, bajet pendidikan RM60.2 bilion, tapi digunakan untuk apa?
"Apa gunanya kalau siswa kita kelaparan? Apa maknanya kalau kita tidak mampu membeli barangan di bumi sendiri? Apa perlunya kerajaan jika buka nmembela, membantu, meningkatkan kehidupan rakyat?
"Bersimpatilah dengan rakyat, wahai-wahai menteri-menteri PH. Sungguh tidak sangka, rakyat kini perlu melutut, merayu dan meminta sedekah hari ini dengan Putrajaya," katanya.
"Zaman Barisan Nasional (BN) pun kami makan sekali sehari juga. Tapi time tu tak adalah PM Bossku nak turun padang tengok keadaan kami. Time tak ada jawatan, baru nak menyalak? 2x5 je oi. Sembang je lebih geng-geng politik ni.
"Baru sedar ke Dato Seri? Zaman Dato Seri dulu pun macam ni tapi Dato Seri tak nampak. Bila dah jadi pembangkang, semua masalah rakyat Dato nampak. Itulah hikmahnya Dato Seri jatuh.
"Perkara ini dah lama berlaku dari zaman kau lagi. Jadi tak payah lah buat terkejut beruk sangat. Dulu kau makan quinoa, sedangkan rakyat banyak yang susah.
Sumber: Berita Harian, Najib
from The Reporter https://ift.tt/2Y3tvo0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2W3sPgl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment