Kurang dari 24 jam selepas kejadian serangan pengganas fahaman radikal melepaskan tembakan rambang pada jemaah di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, seorang Senator Australia mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan dikecam teruk oleh netizen di seluruh dunia.
Dalam kenyataan itu, Fraser Anning mendakwa bahawa kehadiran orang Islam menjadi punca pengganas terbabit melakukan serangan tersebut.
Bukan sahaja netizen malah pemimpin politik di Australia juga menyelar kenyataan rasis Anning.
Netizen juga melancarkan petisyen yang mendesak agar senator itu dipecat dari parlimen.
Dalam temubual bersama media baru-baru ini, seorang remaja lelaki yang turut berada di temubual itu bertindak memecahkan telur di kepala Anning.
Anning yang terkejut dengan kejadian itu terus menumbuk remaja terbabit beberapa kali sehingga mencetuskan pergelutan di antara mereka berdua sebelum berjaya dileraikan oleh wartawan.
Di media sosial, netizen menyokong tindakan remaja terbabit dan berterima kasih di atas tindakannya yang dianggap mewakili kemarahan seluruh dunia yang berang dengan kenyataan tidak bertanggungjawabnya semalam.
Susulan insiden itu, remaja itu ditahan untuk siasatan, sebelum dibebaskan semula pada hari yang sama.
Netizen juga telah melancarkan dana bagi membantu remaja itu berdepan dengan saman yang bakal difailkan oleh Anning.
Netizen juga telah melancarkan dana bagi membantu remaja itu berdepan dengan saman yang bakal difailkan oleh Anning.
from The Reporter https://ift.tt/2u9YhOb
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TPLrDb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment