loading...

Tuesday, 26 March 2019

(Video) 'Ini anak kau kan?!'


Viral di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 6 tahun ditendang bertubi-tubi oleh wanita yang dipercayai ibunya. 

Menurut individu yang memuat naik video tersebut,

"Saya dapat sumber ini dari ayah angkat anak ini. Dipercayai mereka dah bercerai. Anak ini dipercayai didera oleh bekas isteri/ibu angkat," tulis sumber.


Berdasarkan video tersebut, mangsa yang tidak berdaya melawan hanya mampu menahan dirinya daripada ditendang berkali-kali dan menangis apabila sudah tidak mampu menahan kesakitan. 


Bagaimanapun, bapa kepada mangsa tampil memberi penjelasan bahawa kejadian itu sebenarnya sudah lama diselesaikan, tetapi dibangkit semula oleh individu yang memuat naik video tersebut kerana terlalu marah apabila dia mahu memutuskan perhubungan mereka. 

"Salam, berkenaan post yang viral tentang bekas isteri saya itu sebenarnya sudah lama selesai dan benda itu cuma salah faham. 

"Benda ini berbangkit semula disebabkan teman wanita saya terlalu marah bila saya nak tinggalkan dia dan pulihkan semula rumahtangga kami. 

"Mungkin silap saya sebab masa dengan teman wanita, saya sanggup mengaibkan isteri saya supaya dia nampak buruk di mata teman wanita saya. 

"Teman wanita saya ada mesej bekas isteri saya, ugut semua benda ini tetapi bekas isteri tak layan menyebabkan dia lebih marah.


"Saya minta maaf sekali lagi atas salah faham semua ini. Silap datang dari diri saya. Bekas isteri dna anak saya semua okey. Hari-hari saya buat panggilan video dengan mereka dan semua happy. 

"Saya harap post saya ini tidak mengeruhkan keadaan dan harap semua salah faham ini dapat diselesaikan," katanya yang juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 


from The Reporter https://ift.tt/2JJmYeV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2CCUDRs
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...