loading...

Wednesday, 27 March 2019

Keuntungan Astro susut berikutan penurunan langganan


Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2019 susut kepada RM462.92 juta daripada RM770.64 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2018.

Pendapatan turun kepada RM5.48 bilion berbanding RM5.53 bilion sebelum ini berikutan penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan tetapi ini telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.

Pengurangan dalam hasil langganan adalah disebabkan oleh pembelian pakej yang lebih rendah, manakala pendapatan iklan pula dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan, kata pembekal televisyen satelit berbayar itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pendapatan asas sesaham juga merosot kepada 8.88 sen daripada 14.79 sen sebelumnya.

Mengenai masa depan, Astro menjangkakan tahun kewangan 2020 akan terus mencabar dan ia perlu mengukuhkan cadangan nilai pelanggannya melalui inisiatif seperti pakej jalur lebar, tontonan yang lancar merentasi semua skrin, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan penglibatan yang lebih intim dengan pelanggan.

Kumpulan juga berhasrat untuk menggunakan kelebihan terunggulnya iaitu kandungan, ini akan dibuat dengan mengukuhkan kandungan tempatan serta Asia melalui kerjasama strategik bagi menangani selera penonton setempat dan serantau.

Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk mempelbagaikan hasil kumpulan, syarikat akan terus memanfaatkan asas pelanggannya bagi menawarkan penyelesaian pengiklanan dan sasaran pemasaran, direalisaikan melalui data serta analisis bagi memacu perolehan pengiklanan dan komersial. - Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2YwqXir
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ow55ig
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...