Video insiden itu mula viral di media sosial selepas dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Tamizhar Media TV, jam 11.46 pagi Rabu dan telah ditonton lebih dari 36,000 pengguna.
Difahamkan, insiden itu berlaku di Kolej Tingkatan 6, Desa Mahkota, Desa Park City, Kepong.
"Belum dapat dipastikan sama ada lelaki terbabit adalah kakitangan, guru atau pelajar. Tetapi individu itu siap maki berunsur perkauman terhadap seorang pelajar perempuan India," tulis pengendali laman Tamizhar Media TV.
Dialog berdasarkan video tersebut:
Perakam: "Termenung apa bossku?"
Lelaki dalam video (LDV): "Apa ******* anak India ni? Dia cakap aku tak hantar fail. Padahal dia yang tak nak ambil ......."
Perakam: "Hey India, India, Yey India..." katanya terhadap seorang pelajar perempuan berbangsa India yang kelihatan sedang bermain bola jaring dengan rakan-rakannya.
Tindakan sekumpulan lelaki itu mengundang rasa kesal netizen yang berpendapat insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan haruslah dielakkan kerana ia jelas sekali bersifat perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan.
"Tak ada adab ke cakap macam tu, panggil orang macam tu? Dia ada nama, panggillah nama dia. Suka-suka kau saja panggil budak perempuan tu macam tu," kata Aboy Ismail.
"Bodohnya. Sebutlah nama dia, bukannya panggil bangsa dia berulang kali. Setiap orang ada nama dan nama itu yang perlu dipanggil. Bukan panggil bangsanya. Aku pun cikgu juga, setiap murid aku akan cuba ingat nama dan panggil namanya dan tak pernah main panggil bangsa," kata Cikgu Kamal Husain.
Sumber: Tamizhar Media TV
from The Reporter https://ift.tt/2Fo8fly
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HIuvbo
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment