loading...

Wednesday, 13 March 2019

Mayat bayi lelaki ditemui di tapak pelupusan sampah


Seorang pemungut sampah terkejut menemui mayat bayi lelaki yang dipercayai dibuang di sebuah tapak pelupusan sampah di Bukit Gemuk, semalam, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dalam keadaan kebiruan dan terbaring kaku bersama sampah sarap pada jam 6.30 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati, jantina mayat itu adalah lelaki dan dipercayai sudah mati sejak tiga hari lalu. 

Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tawau untuk tindakan lanjut. 

Setakat ini, tiada saksi yang melihat kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


from The Reporter https://ift.tt/2J7Qx9E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UA0ePB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...