Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui dalam sebuah beg galas oleh dua nelayan di Sungai Beris Tok Ku, Penarik, semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata, nelayan berkenaan memaklumkan mereka pada mulanya ternampak sebuah beg galas berwarna biru timbul di tengah sungai, ketika mereka sedang memasang bubu kira-kira jam 5.00 petang.
Mereka kemudian mengambil beg tersebut dan diletakkan di dalam perahu untuk diperiksa sebelum mendapati ada mayat bayi di dalamnya.
Terkejut dengan penemuan itu, dua nelayan berkenaan membawa beg itu ke darat dan terus menghubungi polis.
Mayat bayi malang itu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber: Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/2OjU2bX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UKT8rj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment