Viral di Facebook video sekumpulan orang ramai menangkap seorang perempuan yang didakwa mencuri wang di sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di rumah penduduk di Taman Klebang Utama, Ipoh, Perak.
Menurut laman Facebook Malaysian Crime Watch - MyWatch, suspek yang tidak dijemput telah menceroboh kediaman tuan rumah dan mencuri wang di dalam bilik ketika tuan rumah sedang sibuk melayan tetamu di luar.
"Orang tengah sibuk kenduri, kau buat macam ni eh? Perempuan ini masuk rumah kenduri, orang sibuk kenduri bersanding, kau masuk bilik curi duit," kata lelaki dalam video tersebut yang menjentik dahinya.
Perbuatan suspek itu bagaimanapun disedari oleh tetamu majlis yang kemudian bertindak menahannya sebelum suspek melarikan diri.
Difahamkan, suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
from The Reporter https://ift.tt/2Yqbtw7
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Oq373b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment