Tindakan penganjur kursus motivasi mengadakan aktiviti separa bogel pada 80 pesertanya mengejutkan penduduk dan penghuni di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi, Bentong.
Difahamkan, kursus motivasi itu dianjurkan oleh sebuah pusat spa kecantikan dan ekoran itu satu laporan polis telah dibuat pada petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, program itu disertai 80 peserta wanita yang juga merupakan pekerja pusat spa itu dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Kesemua peserta itu mendaftar masuk ke resort tersebut sejak Isnin lalu dan kursus itu dijadualkan berakhir pada hari ini.
Othman berkata, berdasarkan laporan yang diterima, sebahagian dari peserta terbabit melakukan aktiviti di atas padang dalam keadaan tidak senonoh dengan hanya memakai baju serta seluar dalam.
Perbuatan mereka disedari oleh penduduk kampung yang terus menegur tetapi teguran itu langsung tidak diendahkan.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan dan mengambil keterangan empat lelaki dan 30 wanita terbabit dan baki peserta kursus yang difahamkan telah pulang ke ibu kota juga turut dikesan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2Foi8PU
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2FgaExj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment