loading...

Tuesday, 5 March 2019

Suspek dakwa anak teman wanitanya mengalami sawan, buang mayatnya di hutan


Seminggu yang lalu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi. 

Wanita berusia 31 tahun, ibu kepada Nur Aisyah Aleya Abdullah, memaklumkan anak perepuannya dijaga teman lelaki. 

Apabila ibu kanak-kanak itu bertanya kepada teman lelakinya di mana anaknya berada, katanya kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga. 

Siasatan polis mendapati, wanita itu mengenali suspek berusia 37 tahun yang sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum menjalinkan hubungan cinta. Akhir bulan yang sama, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi. 

Bagaimanapun, awal Januari 2019, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengetahui hubungan suaminya dengan wanita berkenaan. 

Selepas hubungan sulit mereka terbongkar, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat, namun anaknya tidak diserahkan kepadanya.

Akhir bulan Februari, wanita itu pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya tiada dan dimaklumkan telah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali. 

Pasangan itu bagaimanapun telah melarikan diri selepas wanita itu membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya. 

Polis mendapati, pasangan itu juga tiada di rumah. 

Susulan itu, polis giat mengesan Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslinda Wan Jusoh, 40, untuk membantu siasatan. 

5 Mac 2019, pasangan itu berjaya ditahan semalam di Ampang, Selangor pada jam 4 petang. Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit tiada bersama dengan mereka. 

Siasatan mendapati, kanak-kanak perempuan itu telah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.

"Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan. 

"Suspek kemudian melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya," kata sumber. 

Susulan pengakuan suspek, polis telah pergi ke lokasi mayat mangsa ditinggalkan dan menemui mayat kanak-kanak itu di Gunung Raya, Langkawi, hari ini. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2VEvRYi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ts9t79
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...