Menurut buku panduan itu, individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di Lembah Klang hanya memerlukan sekurang-kurangnya RM1,870 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian dei meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi individu bujang yang memiliki kenderaan pula memerlukan RM2,490 sebulan untuk menjalani kehidupan lebih baik di lokasi sama.
Sementara itu, pasangan berkahwin tanpa anak dianggarkan memerlukan RM4,420 berbanding pasangan berkahwin mempunyai seorang atau dua anak memerlukan RM5,730 dan RM6,620 sebulan.
Difahamkan, anggaran itu termasuk kos bagi:
- Makanan
- Rumah
- Kesihatan
- Pengangkutan
- Uiliti
- Smpanan
- Penjagaan diri, belanja tahunan,
- Aktiviti sosial dan belanja lain serta penjagaan kanak-kanak bagi pasangan berkahwin.
Tetapi bagi seorang pegawai kerajaan gred 41 di Putrajaya ini pula mempunyai pendapat sebaliknya.
"Meskipun hanya memiliki seorang anak berusia lima bulan, namun dalam keadaan ekonomi sekarang, gaji bersih sebagai pegawai kerajaan gred 41 pun tidak cukup untuk menyara keluarga terutama jika tinggal di Lembah Klang.
"Kenaikan kos sara hidup terutama harga barang keperluan harian menyebabkan pasangan berkahwin seperti kami memerlukan lebih RM5,000 sebulan untuk membayar semua bil dan keperluan harian," kata Muhammad Syazwan Ahmad Kamal, 30.
Namun, Muhammad Syazwan bersyukur kerana isterinya, Nurul Ayuni Tajudin, 26, juga bekerja membantu menampung kewangan keluarga. Hasil pendapatan kasar bulanan mereka mencecah RM6,500.
Walaupun jumlah itu kelihatan banyak, tetapi hakikatnya ia tidak seindah yang disangkakan kerana mereka perlu membayar sewa rumah RM1,000, kereta (RM1,000), yuran taska dan keperluan lain untuk anak (RM700), insurans (RM100), utiliti (RM50), bil telefon dan internet (RM200), minyak kenderaan dan penyelenggaraan (RM800) serta dengan barangan dapur RM500.
"Itu belum termasuk komitmen lain seperti pinjaman, pemberian untuk orang tua, simpanan kecemasan dan sebagainya. Pendek kata, pada zaman sekarang, gaji pegawai pun sekadar cukup makan jika menetap di kawasan bandar," katanya.
Untuk menambahkan pendapatannya, dia membantu kawannya menjual kenderaan secara sambilan, hasilnya tidak begitu memberangsangkan kerana dia bergantung kepada jumlah jualan.
Ekoran itu, Muhammad Syazwan terpaksa mengurangkan perbelanjaan keluarganya dengan memasak di rumah dan hanya sesekali menjamu selera di luar.
"Kami juga bercuti setahun sekali dan jika keluar pada hujung minggu, hanya ke tempat yang tidak memerlukan wang dan hanya sesekali menjamu selera di luar.
"Mujur isteri faham dan kami harus utamakan keperluan anak selain menyediakan simpanan kerana gaji bukannya diperolehi setiap hari.
"Saya harap pihak berkaitan mengkaji kesan kenaikan kos sara hidup kepada rakyat kerana ia membebankanya pasangan muda seperti kami." katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2EPlCLl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TCN4ns
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment