Seorang wanita berusia 24 tahun cedera parah di bahagian kepala akibat dipukul dengan tukul pemecah dinding oleh bapanya, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam semalam, mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat menenai kejadian itu pada jam 7.25 malam dan menahan suspek berusia 58 tahun di hospital tersebut.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku di antara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang semalam ketika suspek yang bekerja sebagai tukang rumah baru pulang dari bekerja.
Pada waktu itu, mangsa sedang membaca al-Quran dan suspek secara tiba-tiba memukul kepala anaknya itu dengan menggunakan tukul pemecah dinding sehingga cedera parah.
Menyesal dengan tindakannya itu, suspek menghentak kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala selain mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri.
"Sisaatan mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.
"Polis menahna suspek ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar dan proses permohonan reman akan dibuat hari ini," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
from The Reporter https://ift.tt/2Tsmn58
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2TgDkQK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment