Setelah lama mendiamkan diri, Afifah Nasir tampil membuat sidang media bagi menjelaskan isu yang melibatkan dirinya bersama pelakon lelaki kelahiran Singapura yang sudah berkahwin, Aliff Aziz, dalam sebuah pusat hiburan di Cheras.
Dalam sidang media itu, Afifah menegaskan dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, selain dinasihatkan oleh peguamnya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sebelum ini. Saya dinasihatkan oleh peguam untuk mendiamkan diri tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
"Bila saya fikir sendiri, kalau saya melawan balik pihak sana bila keadaan tengah hangat, benda ini tak akan habis. Kita bagi kita punya bukti, dia bagi bukti dia dan sampai bila tak akan habis. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Saya mendiamkan diri walaupun orang melemparkan pelbagai tuduhan dan cacian terhadap diri saya, saya tahu apa yang saya akan buat. Jadi tak gunalah kalau kita melenting nak tegakkan kebenaran bila orang tengah panas dengan isu ini.
"Dan pada masa yang sama, saya tengah sibuk shooting, jadi saya tak mahu emosi saya terganggu di set. Bila kita di set, masalah di luar, tak nak bawa masuk dekat set langsung," katanya.
Bagaimanapun, Afifah menafikan dakwaan kononnya dia menjadi perosak rumah tangga orang dan menegaskan dia mempunyai penjelasan bagi setiap bukti yang dimiliki pihak sebelah sana, malah dia sendiri mempunyai bukti-bukti untuk menunjukkan bahawa dia tidak bersalah.
"Selepas didesak oleh orang ramai untuk menjelaskan situasi sebenar dan selepas orang menuduh, maki dan cakap saya perosak rumah tangga orang, saya rasa saya dah bersedia untuk buka mulut dan menerangkan situasi sebenar serta mengeluarkan bukti-bukti yang saya ada," katanya.
Bagi Afifah, dia boleh mendedahkan bukti itu kepada umum di media sosial, namun memilih untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Rakaman perbualan yang dimilikinya itu hanya diperdengarkan kepada beberapa media yang terpilih dan tidak dijelaskan isi kandungan perbualan tersebut.
"Ada bukti-bukti, banyak bukti termasuklah bukti perbualan. Tetapi sejujurnya saya tak nak keluarkan bukti-bukti itu secara online (viral) sebab, kalau nak ikutkan hati, boleh saja. Saya tak akan buat begitu sebab saya tak nak keruhkan keadaan dan saya tak nak membuka aib sesiapa.
"Itu sebabnya saya memanggil wartawan-wartawan ke sini untuk menjadi saksi perbualan tersebut dan saya nak menggunakan orang untuk menyampaikan mesej saya kepada orang luar yang tidak tahu tentang keadaan sebenar.
"Motif saya adalah tidak mengaibkan sesiapa. Sebab itu saya minta kerjasama semua orang supaya tidak mengambil recording atau perbualan sebab tak nak mengeruhkan keadaan dan anda boleh nilaikan sendiri selepas mendengar rakaman perbualan itu.
"Saya tak nak bergaduh-gaduh lagi. Dia (Aliff) dah keluarkan kenyataan dan satu Malaysia sudah tahu pihak sana punya cerita tetapi tak dengar lagi keterangan saya. Saya rasa saya ada hak untuk ceritakan keadaan sebenar tetapi tak semestinya nak buat isu ini jadi hangat balik.
"Saya tak salahkan sesiapa dan telah meminta maaf di atas kesilapan saya dan saya pun mengambil khidmat peguam sebab saya tahu akan situasi sebenar dan saya tak takut seperti yang pihak sana yang kata ada bukti-bukti yang mereka nak keluarkan.
"Saya tidak takut, saya ada penjelasan di sebalik setiap bukti-bukti yang mereka ada. Daripada perbualan itu pun boleh tahu akan situasi sebenar," katanya.
Apabila ditanya oleh wartawan sama ada dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon lelaki itu, Afifah menjelaskan dia boleh saja berbuat demikian, tetapi memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.
"No. Like I said, saya tak nak mengeruhkan keadaan. Saya tak akan berbuat demikian kerana sekarang nama saya sudah 'busuk', semua orang dah maki hamun saya yang sedikit sebanyak telah menganggu emosi saya.
"Tetapi saya perlu harungi juga dan berfikiran positif. Saya terpaksa gagahkan diri pergi ke set untuk shooting, cuba lalui kehidupan harian seperti biasa.
"Saya masih baru, saya cuba naik tanpa sebarang gosip," katanya.
Menjawab soalan sama ada dia dianiaya oleh pihak produksi, Afifah enggan menyalahkan mana-mana pihak dan juga menafikan kononnya dia pernah mengeluarkan kenyataan yang dia bersama Aliff pergi ke pusat hiburan itu atas urusan produksi.
Afifah juga menegaskan, dia hanya aktif di Instagram sahaja dan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan namanya untuk dengan memuat naik status-status dan posting yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan.
Afifah juga menegaskan, dia hanya aktif di Instagram sahaja dan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan namanya untuk dengan memuat naik status-status dan posting yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan.
Sementara itu, teman lelakinya, Wan Ariff, menegaskan dia tetap setia bersama Afifah kerana dia mengenali Afifah sejak empat tahun lalu di mana Afifah sering berhubung dengannya, bercerita tentang apa yang berlaku di set penggambaran dan apabila mengetahui isu ini timbul, dia tahu bahawa Afifah adalah mangsa.
from The Reporter http://ift.tt/2vFSjYg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vGhYQl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment