loading...

Thursday 3 August 2017

'Kim Jong Un muka tembam nampak baik tapi bodoh, anak sundal' - Presiden Filipina


MANILA, FILIPINA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai 'bodoh' dan 'anak sundal', sehari sebelum Manila menjadi tuan rumah untuk mesyuarat antarabangsa menangani ujian peluru berpandu jarak jauh Pyongyang. 

"Kim Jong Un ini bodoh, dia bermain dengan mainan bahaya, bodoh," kata Duterte kepada pegawai percukaian dalam satu ucapan," memetik laporan dari Free Malaysia Today. 

"Si muka tembam yang nampak macam baik. Anak Sundal. Jika dia buat silap, Asia Timur akan menjadi padang jarak padang tekukur. Perang nuklear ini mesti dihentikan.

"Jika berlaku konfrontasi terhad dan meledak di sini, kesan luruhan itu akan menghabiskan kesuburan tanah, sumber asli negara dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita," katanya. 

Difahamkan, ini bukan kali pertama Presiden Manila itu mengkritik aktiviti nuklear Kim. 

Terdahulu, Kim Jong Un nekad membangunkan peluru berpandu nuklear yang didakwanya mampu mengenai Amerika Syarikat.


from The Reporter http://ift.tt/2vvoqtv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2faKhQ4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...