HENAN, CHINA - Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan yang disahkan menghidap kanser tulang yang jarang berlaku menyerahkan keseluruhan duit simpanan kepada bapanya kerana dia tidak mahu dirawat. Sebaliknya dia mahu bapanya menggunakan duit itu untuk menyelamatkan adiknya yang juga menghidap penyakit yang sama.
Lapor China Press, Wang Yue, 7, didiagnosis dengan Osteoporosis,penyakit yang boleh membawa muat di mana tulang menjadi padat di seluruh tubuh. Gejala-gejala lain seperti patah tulang, kekurangan sel darah merah dan saraf otak tidak berfungsi yang boleh menyebabkan pesakitnya buta dan peka, serta lumpuh saraf muka.
Kesihatan Wang Yue semakin teruk dari hari ke hari dan bila-bila masa sahaja dia boleh pergi buat selama-lamanya. Bagaimanapun, Wang enggan mendapatkan rawatan perubatan moden dan hanya minum tujuh mangkuk ubat buatan tabib Cina setiap hari kerana dia mahu menyimpan wang untuk adik perempuannya.
Wang Yue yang kini berada di kelas tahun satu sebelum itu mendapati pengelihatannya semakin kabur dan sukar baginya untuk membaca buku.
Berita baiknya, ibu bapanya berjaya menemui tulang sum-sum yang serasi dan penderma itu kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Pasangan itu juga merancang mahu kedua-dua anaknya itu menjalani pemindahan tulang sum-sum.
Malangnya, kos pemdedahan untuk seorang pesakit adalah 500,000 yuan (RM320,000). Duit simpanan bapanya telah habis digunakan untuk menanggung kos rawatan awal.
Selepas selesai meminjam wang dari rakan dan keluarga, pasangan itu berjaya mengumpul dana sebanyak 200,000 yuan (hampir RM127,500). Menyedari hanya salah seorang daripada mereka sahaja yang dapat menjalani pembedahan, Wang Yue memberitahu bapanya,
"Memandangkan kita tidak dapat pinjam begitu banyak wang, hentikan saja rawatan saya. Saya ada buat sedikit simpanan, dicampur dengan duit yang ayah pinjam sebelum ini.
"Saya dah besar dan tak kisah jika saya tidak dapat rawatan itu. Ini sedikit wang simpanan saya, ambillah," katanya sambil menyerahkan duit syilling itu kepada bapanya.
Bapanya dengan tanggan menggigil menyambut pemberian anak perempuannya itu dengan berlinangan air mata.
Kisah pengorbanan kanak-kanak berkenaan menarik perhatian seluruh warga China dan satu kempen khas telah dijalankan untuk mengumpul sumbangan dari mana-mana individu yang sudi membantu.
from The Reporter http://ift.tt/2fmBk6e
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vFGUqy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment