Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kes itu, namun menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan bagi memastikan sama ada ia membabitkan perbuatan buli atau ada sebab lain.
"Kita tidak mengenakan tindakan buang sekolah terhadap 10 pelajar perempuan yang membelasah rakan mereka pada 29 Julai lalu, atas alasan kumpulan pelajar terbabit juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan.
"Namun, mereka semua akan digantung persekolahan masing-masing bagi satu tempoh ditetapkan selepas selesai proses siasatan polis," katanya.
Beliau berkata, jika kesalahan yang dilakukan 10 pelajar terbabit disifatkan sebagai serius, Kementerian Pendidikan akan melakukan proses intervensi untuk melakukan pemulihan.
Dalam video kejadian yang tersebar pada 31 Julai lalu, sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah mangsa yang dipercayai tidak puas hati kerana berebut seorang pelajar lelaki.
Turut disebarkan, gambar sembilan pelajar terbabit menunjukkan isyarat lucah jari tengah ke arah kamera.
from The Reporter http://ift.tt/2htBKbM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wcp9g2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment