loading...

Thursday, 13 July 2017

'Tak sangka suami sanggup makan luar dengan adik saya sendiri ketika saya sedang berpantang'


KUALA LIPIS, PAHANG - Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya curang dan yang lebih teruk lagi, orang ketiga itu adalah saudara kandungnya sendiri. 

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ry, 35, mendakwa suaminya 'makan luar' dengan adiknya sendiri semasa dia berada dalam tempoh berpantang, selepas melahirkan anak bongsu kira-kira setahun lalu. 

"Saya memang tidak sangka. Lebih menyakitkan hati saya bila dapat tahu suami sanggup makan luar dengan darah daging saya sendiri ketika saya sedang berpantang anak bongsu kami," katanya kepada Sinar Harian.

Pada mulanya, Ry, ibu kepada empat orang anak ini tidak percaya suaminya mempunyai hubungan sulit dengan adik perempuannya yang ketika itu masih di bawah umur, sanggup melakukan perbuatan sumbang itu. Namun terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan kecurangan mereka. 

Menurut Ry, setelah dia mengasak suami dan adiknya dengan soalan secara bertubi-tubi, akhirnya mereka mengaku menjalinkan hubungan cinta. Lebih teruk lagi mereka juga pernah terlanjur. 

"Ketika mendengar pengakuan itu, hancur luluh hati saya. Tambahan pula saya sedang berpantang anak keempat pada ketika itu. Suami seolah-olah lupa pengorbanan saya mengandung dan melahirkan zuriat untuknya. 

"Mujur saya tak meroyan akibat perbuatan terkutuk mereka itu," katanya. 

Difaham, Ry pada awalnya tidak mahu membuat laporan polis berhubung perbuatan suami dan adik kandungnya itu kerana memikirkan masa depan anak-anaknya yang masih kecil. 

Tetapi setelah dinasihatkan oleh ahli keluarganya, akhirnya Ry bersetuju untuk membuat laporan polis untuk memberi pengajaran kepada suaminya.

Sinar Harian melaporkan, lelaki itu kini berada dalam tahanan penjara atas tuduhan merogol mangsa yang masih di bawah umur. Jika disabit kesalahan, lelaki itu akan dikenakan hukuman berat. 


"Saya juga dalam proses menuntut cerai dengannya. Biarlah saya pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi membesar dan memberi pendidikan terbaik buat anak-anak yang berusia setahun hingga 13 tahun. 

"Saya juga telah memaafkan perbuatan adik dan sekarang dia telah berumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2ulHMAP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ulzZmg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...