DHAKA, BANGLADESH - Cemburu isteri melanjutkan pengajian tanpa izin, seorang suami tergamak memotong lima jari isterinya.
Lapor media, Rafiqul Islam, 30, yang merupakan seorang pekerja imigran di Emiriyah Arab Bersatu sebelum ini telah memberi amaran kepada isteri, Hawa Akhter, 21, agar membatalkan hasratnya untuk menyambung pengajian.
Rafiqul dilaporkan turut mengugut wanita itu akan menerima akibat yang teruk sekiranya dia meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah.
"Setelah dia pulang ke Bangladesh, dia berkata mahu berbincang tentang sesuatu dengan saya. Dia kemudian secara tiba-tiba menutup mata dan mengikat tangan saya.
"Dia turut menutup mulut saya dengan mengunakan pita selofan dan memberitahu kononnya dia mahu memberi 'hadiah kejutan'. Sebaliknya dia bertindak memotong lima jari kanan saya," kata Hawa.
Salah seorang ahli keluarga Rafiqul kemudian menyuruh lelaki itu membuang kelima-lima jarinya itu ke dalam tong sampah agar doktor tidak dapat menyambungnya semula.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Rafiqul dan lelaki itu bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.
Ketua Polis Bangladesh, Mohammed Saluddin, berkata, Rafiqul telah mengaku melakukan jenayah itu.
"Dia marah dan cemburu dengan isterinya yang mahu melanjutkan pengajian, sedangkan tahap pendidikan dirinya hanya gred lapan, sekolah biasa sahaja," kata Saluddin.
Namun beberapa kumpulan hak asasi manusia mendesak pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat ke atas Rafiqul.
from The Reporter http://ift.tt/2un0s2Q
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tMHvFA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment