loading...

Tuesday, 11 July 2017

'Sesedap rasa parking depan rumah orang, inilah akibatnya' - Netizen


KUALA LUMPUR - Jika anda berada di situasi yang sama, sudah pasti akan timbul rasa tidak puas hati dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menceroboh kawasan rumah anda.

Itulah yang berlaku kepada seorang pemilik rumah yang tidak dinyatakan lokasinya, apabila sebuah kereta diletakkan di depan rumahnya tanpa kebenaran. Sudah puas memanggil pemilik kereta tersebut, namun tiada sebarang respon yang diberikan. 

"Apa patut aku buat bila tengok kereta jiran sebelah parking depan rumah aku? Panggil berjam-jam tak menyahut. Parking depan rumah dia dibiarkan kosong. Memang cari nahas ni. Hangpa rasa??" katanya pemilik rumah yang tidak didedahkan identitinya. 

Bagaimanapun, pemilik kereta Perodua Myvi itu tampil memberikan penjelasan dan sebab mengapa dia meletakkan keretanya di rumah jiran sebelah. 

"10 Julai 2017, jam lebih kurang 5 petang, saya balik dari kerja. Saya balik dan potong rumput di halaman rumah. Jadi, saya alihkan kereta ke halaman jiran sebelah sebentar. 

"Saya potong rumput sehingga jam 7.30 malam. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan saya bergegas masuk ke rumah sampai terlupa kereta yang diletakkan di depan rumah jiran sebelah. 

"Keesokannya, saya terlambat bangun. Sudahlah lambat, tergesa-geas pergi ke tempat kerja. Tak sempat nak ubah alihkan kereta. Saya pergi kerja naik motosikal saja. 

"Ketika berada di tempat kerja, saya baru tahu jiran sebelah dah bising. Lalu saya minta pass keluar selama dua jam untuk pulang alihkan kereta. Sampai saja di rumah, tengok-tengok kereta telah diperlakukan macam-macam. Habis kereta dicalar dan keempat-empat tayar dipancitkan," katanya. 

Berdasarkan gambar, kereta Myvi tersebut dipancitkan keempat-empat tayarnya, selain lampu depan turut dicalarkan. Malah, ayat 'aku bodoh' juga sempat ditulis pada kereta Myvi itu. Turut ditemui nota yang ditulis pada kertas putih yang diletakkan di depan dan belakang kereta.







Pemilik Myvi berkenaan kesal dengan tindakan jirannya itu yang bertindak terburu-buru sehingga merosakkan hartanya. Sedangkan masing-masing beragama Islam dan masalah itu boleh dibawa berbincang. 

Moralnya, terdesak macam mana sekalipun atau apa jua alasan yang ada, jangan sesekali menceroboh kawasan rumah orang walaupun rumah itu tidak berpenghuni dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. 


from The Reporter http://ift.tt/2tEIjfi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2v8W3gp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...